ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Pengagihan Barangan Keperluan Asas MAIK Kepada Penduduk Yang Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Kg. Seberang Janggut, Sg. Long Batu Melintang, Jeli

Alhamdulillah selesai pengagihan barangan keperluan asas MAIK kepada penduduk yang terjejas akibat tanah runtuh di Kg. Seberang Janggut, Sg. Long Batu Melintang, Jeli pada 07 Januari 2024 (Ahad).
 
Majlis penyampaian dihadiri oleh YB Dato' Haji Abdul Hadi Bin Awang Kechil, ADUN Kuala Balah, YBrs En Mohamad Bin Jaafar, Ketua Penolong Ketua Jajahan (P) PTJJ, YBrs. En Mohd Faiz Azmil Bin Abdul Aziz, Penolong Ketua Jajahan (PTP) PTJJ, YBrs. Encik Mohd Fathan Adha Bin Yasim, Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi PTJJ, YDH Supt. Saari Bin Yaacob, Ketua Polis Daerah Jeli, YBrs. En Adnin Bin Ibrahim, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Jeli, Wakil APM, YBrs. En Sofwan Bin Nazir, Imam Muda Masjid Muhammad 1 serta Pegawai RELA.
 
Turut hadir sama Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Batu Melintang, dan juga Penghulu Sg. Long.
 
Tarikh Kemaskini : 25 April 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan