ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-orang Besar DiRaja Kelantan (MOB) Dan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Tahun 1445H/2024M

Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-orang Besar DiRaja Kelantan (MOB) Dan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Tahun 1445H/2024M

30 Syaaban 1445H, bersamaan 11 Mac 2024 (Isnin) - Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-Orang Besar Diraja Kelantan (MOB) Dan PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan Tahun 1445H/2024M, telah diadakan di Jajahan Jeli melibatkan 3 Daerah iaitu Daerah Jeli, Daerah Batu Melintang dan Daerah Kuala Balah. Penyerahan bantuan tersebut serba sedikit diharap dapat membantu mereka dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.
 
Penyerahan bantuan tersebut telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang mewakili setiap daerah. Wakil daripada Majlis Orang-orang Besar Diraja Kelantan, Y.B. Sohibul Samahah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Bin Mohamed dan Datin Kaya Perba bersama YABrs. Ketua Jajahan Jeli dan isteri, YBrs. Pengerusi Puspanita Jajahan Jeli, diiringi oleh YBrs. Penolong Ketua Jajahan (Penguatkuasaan, Teknikal & Hasil) serta Wakil PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan PUSPANITA Jajahan Jeli telah meyampaikan bantuan tersebut kepada beberapa orang keluarga miskin di Daerah Kuala Balah.
 
Manakala YBrs. Timbalan Ketua Jajahan Jeli serta YBrs. Penolong Ketua Jajahan (Pendaftaran) bersama wakil PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan PUSPANITA Jajahan Jeli pula telah menyampaikan bantuan di sekitar Daerah Jeli. Di Daerah Batu Melintang pula penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh YBrs. Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) serta YBrs. Pegawai Pembangunan Sosio-Ekonomi (PPSE) PTJJ, bersama wakil PUSPANITA Cawangan Negeri Kelantan dan PUSPANITA Jajahan Jeli.
 
Turut serta dalam penyerahan bantuan tersebut Penggawa-penggawa Daerah Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah, Pembantu-pembantu Penggawa serta Penghulu-penghulu Mukim yang terlibat.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, samada secara langsung atau tidak langsung.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂. "
 
 
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan