ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M Peringkat Jajahan Jeli

Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M Peringkat Jajahan Jeli
 
JELI | 09 Syawal 1445H / 18 April 2024 (Khamis) | 9:00 pagi - Program Kempen Keselamatan Jalanraya Sempena Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 1445H/2024M Peringkat Jajahan Jeli telah diadakan di hadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli.
 
Selain Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli, perarakan kenderaan kontinjen keselamatan turut disertai oleh beberapa jabatan keselamatan lain yang terdiri daripada IPD Jeli, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Daerah Jeli, JKR Jeli, Jabatan Pengangkutan Jalan, RELA Jeli, APM Jeli, Majlis Daerah Jeli dan Hospital Daerah Jeli. Beg cenderahati dan topi keledar telah disampaikan kepada pengguna-pengguna jalanraya yang melalui hadapan Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Jeli sepanjang program berlangsung.
 
Terima kasih kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai serta kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan serta menjayakan kempen ini.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan