ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Tabung Serambi Mekah (TSM)

Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Tabung Serambi Mekah (TSM) Kepada mangsa kejadian ribut di Kg Jerimbong, Kuala Balah
 
KUALA BALAH, JELI | 12 Syawal 1445H / 21 April 2024 (Ahad) | 12:40 tengahari - Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Tabung Serambi Mekah (TSM) telah disempurnakan oleh YBrs Ketua Penolong Ketua Jajahan (Pembangunan) En. Mohamad Bin Jaafar selaku wakil YABrs. Ketua Jajahan, diiringi oleh YBrs. Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi, En. Mohd Fathan Adha Bin Yasim, kepada mangsa kejadian ribut Pn. Intan Nor Atiqah Fatin Bt Mahmad di Kg Jerimbong. Turut hadir Penggawa Daerah Kuala Balah, En. Ibrahim Bin Salleh, Pembantu Penggawa serta Penghulu Mukim Jerimbong.
 
Kejadian ribut beserta hujan lebat yang berlaku pada petang Khamis 18 April 2024, jam 5:30 petang telah menyebabkan satu pokok besar dan tiang elektrik telah tumbang menimpa bahagian dapur rumah mangsa. Semasa kejadian, mangsa bersama keluarga berada di ruang tamu rumah. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Kerosakan dianggarkan lebih kurang RM10,000. Bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga mangsa.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan