ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli 2024

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli 2024
 
JELI | 14 Syawal 1445H / 23 April 2024 (Selasa) | 10:00 pagi - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli 2024 telah diadakan di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Jeli bermula jam 10:00 pagi.
 
Sambutan pada tahun ini amat meriah dengan penyertaan 34 buah gerai yang terdiri daripada jabatan-jabatan sekitar Jajahan Jeli, bank-bank serta persatuan kontraktor Jajahan Jeli.
 
Majlis dimulakan dengan bacan doa oleh Al-Fadhil Pegawai Agama Jajahan Jeli dan sedikit ucapan alu-aluan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli. Seterusnya YABrs. Ketua Jajahan bersama isteri melawat gerai-gerai jabatan di samping beramah mesra dengan para tetamu yang hadir. Rombongan delegasi Thailand dari tiga Daerah yang berdekatan dengan Jajahan Jeli iaitu Buketa, Waeng dan Sukhirin juga turut hadir memeriahkan majlis hari raya ini.
 
Pertandingan gerai tercantik juga turut diadakan. YABrs. Ketua Jajahan telah menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan gerai tercantik yang telah dimenangi oleh Gerai IPD Jeli, tempat kedua Hospital Jeli dan tempat ketiga Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Tahniah kepada pemenang-pemenang. Bagi jabatan yang tidak berjaya, masih juga dapat hadiah daripada YABrs. Ketua Jajahan di atas komitmen menyertai majlis Hari Raya tersebut.
 
Majlis Hari Raya Aidilfitri Jajahan Jeli ini telah mendapat sambutan yang meriah di samping dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jabatan-jabatan di Jajahan Jeli.
 
" 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀. 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 & 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍. "
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan