ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Jajahan Jeli

Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ihsan (BWI) Kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Jajahan Jeli

JELI | 16 Syawal 1445H / 25 April 2024 (Khamis) | 10:00 pagi - Majlis Penyampaian Bantuan Wang Ehsan (BWI) Kepada Mangsa Banjir Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Jajahan Jeli telah diadakan di Dewan Saidina Omar, Majlis Daerah Jeli.

Majlis dihadiri oleh YABrs. Tuan Mohd Shaifudeen Bin Md Salleh, Ketua Jajahan Jeli, YBrs. Puan Norma Binti Ya'cub, Timbalan Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM, YBrs. En. Amri Bin Ahmad, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Projek Khas PPNK ICU JPM, YBrs. En. Nasrrul Hakim, Penolong Pengarah Bahagian Projek Khas PPNK ICU JPM serta YBrs. En. Amir Afham Pegawai JKM Daerah Jeli. Turut hadir YBrs. En. Mohamad Bin Jaafar, KPKJ (Pembangunan), YBrs. En. Mohd Fathan Adha Bin Yasim, Pegawai Pembangunan Sosio-Ekonomi PTJJ, Penggawa-penggawa Daerah Jeli, Kuala Balah dan Batu Melintang, Pembantu-pembantu Penggawa, Kakitangan Bahagian Pembangunan serta Penghulu-penghulu Mukim yang terlibat.
 
Seramai 209 KIR yang menerima bantuan tersebut. Bnatuan telah disampaikan oleh YABrs. Ketua Jajahan Jeli selaku Pengerusi Jawatankuasa Bencana Jajahan Jeli kepada mangsa-mangsa yang terkesan.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan