ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM)

Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) 
 
KUALA BALAH, JELI | 29 Syawal 1445H / 08 Mei 2024 (Rabu) | 12:10 tengahari - Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) telah disempurnakan oleh YBrs. Penggawa Daerah Kuala Balah, En. Ibrahim Bin Salleh mewakil YABrs. Ketua Jajahan, bersama Pembantu Penggawa serta Penghulu Mukim Jerimbong kepada mangsa kejadian pokok tumbang Pn. Sairah bt Yaacob di Kg. Jerimbong, Kuala Balah. Suami mangsa telah menerima sumbangan tersebut.
 
Kejadian hujan lebat beserta angin kencang yang berlaku pada petang Ahad 05 Mei 2024, lebih kurang jam 7:30 malam telah menyebabkan sepohon pokok manggis telah tumbang menimpa bahagian anjung rumah mangsa. Tiada kemalangan jiwa dan semua isi rumah selamat. Kerosakan dianggarkan lebih kurang RM2,000. Bantuan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga mangsa yang terlibat.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan