ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM)

Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM)
 
KUALA BALAH, JELI | 04 Zulkaedah 1445H / 13 Mei 2024 (Isnin) | 03:30 petang - Majlis Penyerahan Sumbangan Tabung Serambi Mekah (TSM) telah disempurnakan oleh YBrs. Pegawai Pembangunan Sosio Ekonomi (PPSE), En. Mohd Fathan Adha Bin Yasim mewakili YABrs. Ketua Jajahan, bersama YBrs. Penggawa Daerah Kuala Balah, En. Ibrahim Bin Salleh, Pembantu Penggawa serta Penghulu Mukim Reka kepada mangsa ribut di Kampung Renyok, Kuala Balah.
 
Kejadian ribut beserta hujan lebat yang berlaku pada petang Sabtu 11 Mei 2024, lebih kurang jam 4:00 petang telah menyebabkan sepohon pokok getah telah tumbang menimpa rumah mangsa iaitu Pn. Salmah bt Mat Seman. Semasa kejadian mangsa tiada di rumah dan tiada kemalangan jiwa berlaku. Kerosakan dianggarkan lebih kurang RM10,000. Bantuan tersebut diharap dapat meringankan ujian yang menimpa mangsa.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan