ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program 'Health Tour' Daerah Jeli 2024 Di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Program 'Health Tour' Daerah Jeli 2024 Di Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli
 
JELI | 18 Zulkaedah 1445H / 27 Mei 2024 (Isnin) | 8.30 pagi - Program 'Health Tour' Daerah Jeli 2024 telah diadakan di Pejabat Tanah dan Jajahan Jeli. Program ini adalah salah satu program yang penting bagi memantau dan juga memberi kesedaran kesihatan kepada semua warga kerja.
 
Program ini juga diselitkan dengan ceramah dari Pejabat Kesihatan Daerah Jeli dengan tajuk Kesedaran Penyakit Tidak Berjangkit dan Kesedaran Penyakit Berjangkit, Kesihatan Mental Menjamin Kesejahteraan Hidup dan Penggunaan Ubat Berkualiti - Keperluan Ubat Berdaftar & Kosmetik Bernotifikasi. Selain itu, diadakan juga Saringan Kesihatan Umum (NHSI), Pemeriksaan Gigi dan Penjagaan Gigi serta Pameran Pemakanan Sihat. Turut bersama dalam program ini adalah Jabatan RELA dan APM Daerah Jeli.
 
Terima kasih kepada YABrs. Ketua Jajahan Jeli, Pejabat Kesihatan Daerah Jeli, Pegawai-pegawai serta kakitangan yang terlibat dalam melaksanakan serta menjayakan program ini.
 
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 ".
Tarikh Kemaskini : 08 September 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan