ms Malay en English
          soalan    hubungi    aduan    petalaman 

Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Dan Kaunter Luar Mengubah Hakmilik Pajakan Kepada Selama-Lamanya Di Pasar Pagi Kuala Balah

Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar serta Kaunter Luar Mengubah Hakmilik Pajakan Kepada Selama-lamanya di Pasar Pagi Kuala Balah pada 14 Jun 2024 ( Jumaat ). Kaunter tersebut dibuka seawal jam 9.00 pagi sehingga jam 12.30 tengahari. Program tersebut diadakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membayar hasil tanah tanpa perlu datang ke Pejabat Tanah. Disamping itu juga, dapat mempromosikan pemberimilikan tanah untuk tempoh selama-lamanya bagi orang melayu anak Kelantan.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Kuala Balah, Penghulu serta Unit Hasil dan Tanah PTJJ.

 " Khidmat Untuk Semua."

Tarikh Kemaskini : 17 November 2024
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

Dasar Privasi

SEO-Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli

KELGOV PPST
Data Permohonan dan Penyelesaian Urusan Tanah di Pejabat Tanah dan Jajahan Seluruh Negeri Kelantan