Program Kaunter Kutipan Hasil Luar Dan Kaunter Luar Mengubah Hakmilik Pajakan Kepada Selama-Lamanya Di Masjid An Nur, Kg Gunung Reng, Batu Melintang
- Super User
- Jumlah paparan: 259
Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli telah mengadakan Program Kaunter Kutipan Hasil Luar serta Kaunter Luar Mengubah Hakmilik Pajakan Kepada Selama-lamanya di Masjid An Nur, Kg. Gunung Reng, Batu Melintang pada 28 Jun 2024 ( Jumaat ). Kaunter tersebut dibuka bermula jam 11.00 pagi sehingga jam 3.00 petang. Program tersebut diadakan untuk memudahkan pelanggan-pelanggan membayar hasil tanah tanpa perlu datang ke Pejabat Tanah sebelum 1 Julai pada setiap tahun. Disamping itu juga, dapat mempromosikan pemberimilikan tanah untuk tempoh selama-lamanya bagi orang melayu anak Kelantan.
Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelanggan-pelanggan. Terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung, terutamanya kepada Penggawa dan Pembantu Penggawa Daerah Kuala Balah, Penghulu serta Unit Hasil dan Tanah PTJJ.
" 𝑲𝒉𝒊𝒅𝒎𝒂𝒕 𝑼𝒏𝒕𝒖𝒌 𝑺𝒆𝒎𝒖𝒂 "