ms Malay en English
                       

PEMAKLUMAN


Waktu Operasi Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli Sepanjang PKP 3.0

( 25 Mei 2021 hingga 07 Jun 2021) :

8.00 Pagi Hingga 3.00 petang ( Ahad - Rabu )

8.00 Pagi Hingga 2.00 petang ( Khamis )

 

Manakala Urusan Bersama Pelanggan Adalah:

9.00 Pagi Hingga 12.00 Tengahari ( Ahad - Khamis )

 

Urusan Pelanggan Wajib Melalui: 

TEMUJANJI

 

Bagi Tujuan Urusan, Pelanggan Perlu Membuat Temujanji Dengan Menghubungi Kaunter Khidmat Pelanggan Di Talian:

09-9440063/0064

 

PENGECUALIAN TEMUJANJI

 ( Walk-In )

Boleh Diberikan Kepada Urusan Jangka Pendek (Fast Lane) Seperti Berikut:

* Bayaran Hasil Tanah

* Akuan Sumpah

* Penghantaran Dokumen

* Sebut Harga

* Permit Batu Batan

* Lain-lain Urusan Jangka Pendek ( ≤ 5 minit )

 


 ARAHAN DARIPADA : KETUA JAJAHAN JELI

Previous Next

Program Penyerahan Bantuan Ramadhan Majlis Orang-orang Besar (MOB) Jajahan Jeli Tahun 2021 kepada keluarga miskin di Jajahan Jeli telah diadakan pada hari Khamis 25 Sya'aban 1442H, bersamaan 08 April 2021. Bantuan tersebut dapat membantu persiapan mereka dalam menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini. Penyerahan bantuan tersebut melibatkan 3 daerah iaitu Daerah Jeli, Batu Melintang dan Kuala Balah. YABrs. Ketua Jajahan bersama YBrs. Pengerusi Puspanita Cawangan Jajahan Jeli berbesar hati menyampaikan bantuan tersebut di sekitar daerah Jeli.

Majlis Makan Malam Sempena Mesyuarat Agong BERKAT & Sambutan Ramadhan Al-Mubarak 1442H, telah diadakan pada 04 April 2021 (Ahad) bermula jam 8:00 malam di Persekitaran Kantin PTJJ. Majlis tersebut turut disampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada kakitangan yang cemerlang, serta hadiah kepada pemenang bagi Pertandingan Penciptaan Logo BERKAT, cabutan bertuah dan juga sumbangan untuk menyambut kedatangan bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pegawai dan kakitangan. Johan bagi Pertandingan Penciptaan Logo BERKAT, telah dimenangi oleh Puan Sharifah Binti Mohd Zain. Majlis makan malam ini berlangsung dengan meriah bagi meraikan semua pegawai dan kakitangan, sekaligus dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan semua pegawai dan kakitangan Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli. 

 

Tarikh Kemaskini : 07 Oktober 2021
© Hakcipta Terpelihara (2018) Pejabat Tanah Dan Jajahan Jeli