Accessibility Tools

Skip to main content

Tanah

 Apakah syarat untuk mendapatkan Lesen Pendudukan Sementara (TOL)?

Jawapan: Syarat-syarat untuk mendapatkan TOL: Tanah mestilah tanah kerajaan yang belum diluluskan untuk hak milik. Pemohon perlu menunjukkan tujuan penggunaan…

Jawapan: 

Syarat-syarat untuk mendapatkan TOL:

  1. Tanah mestilah tanah kerajaan yang belum diluluskan untuk hak milik.

  2. Pemohon perlu menunjukkan tujuan penggunaan seperti pertanian atau perniagaan kecil.

  3. Bayaran lesen mesti dijelaskan setiap tahun.

  4. Pemegang lesen tidak dibenarkan menjual, memajak, atau memindahkan hak pendudukan.

Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ

Bagaimana cara memohon geran tanah individu?

Jawapan: Untuk memohon geran tanah individu: Hantar borang permohonan kepada Pejabat Tanah. Bayar premium tanah yang ditetapkan. Sediakan dokumen sokongan…

Jawapan: 

Untuk memohon geran tanah individu:

  1. Hantar borang permohonan kepada Pejabat Tanah.

  2. Bayar premium tanah yang ditetapkan.

  3. Sediakan dokumen sokongan seperti salinan IC, salinan sijil lahir, pelan lokasi, pelan surih dan lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan

  4. Setelah diluluskan, pemohon akan menerima geran hak milik daripada Pejabat Tanah.

Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ

Apakah prosedur memohon tanah kerajaan untuk kegunaan peribadi atau syarikat?

Jawapan: Permohonan tanah kerajaan melibatkan: Lengkapkan borang permohonan tanah (Borang Jadual 1). Lampirkan dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran…

Jawapan:

Permohonan tanah kerajaan melibatkan:

Lengkapkan borang permohonan tanah (Borang Jadual 1).

  • Lampirkan dokumen seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran pemohon, pasangan dan bapa pemohon, pelan lokasi, kertas cadangan projek (syarikat), dan dokumen lain yang berkaitan.
  • Serahkan borang di Pejabat Tanah dan Jajahan.
  • Permohonan akan disemak dan disyorkan oleh Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah Jajahan dan diangkat kepada Pihak Berkuasa Negeri bagi kelulusan
  • Pemohon akan diberitahu keputusan melalui surat rasmi.
Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ
KELGOV PPST