Accessibility Tools

Skip to main content

Urusniaga Tanah

Bagaimana cara memohon pindah milik tanah?

Jawapan: Proses pindah milik tanah adalah seperti berikut: Lengkapkan Borang 14A (Pindah Milik Tanah). Dapatkan tandatangan pemilik tanah dan penerima…

Jawapan: 

Proses pindah milik tanah adalah seperti berikut:

  1. Lengkapkan Borang 14A (Pindah Milik Tanah).

  2. Dapatkan tandatangan pemilik tanah dan penerima pindah milik di hadapan Pentadbir Tanah

  3. Serahkan borang ke Pejabat Tanah bersama dokumen sokongan seperti geran tanah, salinan kad pengenalan, pengesahan id melalui aplikasi SELAMAT dan surat perjanjian (jika ada).

  4. Bayar duti setem dan caj pindah milik yang dikenakan.

  5. Proses pindah milik akan didaftarkan di Pejabat Tanah.

Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ

Bagaimana cara melepaskan gadaian tanah?

Jawapan: Untuk melepaskan gadaian: Lengkapkan Borang 16N (Pelepasan Gadaian). Dapatkan pengesahan pelepasan gadaian daripada pihak bank atau institusi kewangan. Serahkan…

Jawapan: 

Untuk melepaskan gadaian:

  1. Lengkapkan Borang 16N (Pelepasan Gadaian).

  2. Dapatkan pengesahan pelepasan gadaian daripada pihak bank atau institusi kewangan.

  3. Serahkan borang ke Pejabat Tanah bersama geran tanah asal.

  4. Bayar fi pelepasan gadaian.

  5. Selepas pelepasan selesai, rekod gadaian akan dikeluarkan daripada geran tanah

Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ

Apakah prosedur untuk gadaian tanah?

Jawapan: Untuk membuat gadaian tanah: Lengkapkan Borang 16A (Gadaian). Lampirkan dokumen seperti geran tanah, surat perjanjian gadaian, dan salinan kad…

Jawapan: 

Untuk membuat gadaian tanah:

  1. Lengkapkan Borang 16A (Gadaian).

  2. Lampirkan dokumen seperti geran tanah, surat perjanjian gadaian, dan salinan kad pengenalan.

  3. Hantar borang ke Pejabat Tanah untuk pendaftaran gadaian.

  4. Bayar fi pendaftaran yang dikenakan.

  5. Selepas didaftarkan, gadaian akan direkodkan dalam geran tanah.

Posted  3 weeks  ago by  adminPTJJ
KELGOV PPST